Wednesday, July 01, 2009

kenapa perasaan bersalah menggelumit diri?

DI PETIK: http://www.digitalmalaya.com/abby/blog/labels/bicara%20sang%20penglipulara.html

Pertama kali aku membaca blog dan kata -kata Sang penglipulara hatiku terus terusik dan ingin terus membaca setiap puisi yang terdapt di sini. menarik.cukup ringkas dan mudah difahami.

Untuk Pertama kali juga, aku petik setiap kata-kata dari blognya.
Renungkanlah.


Tidak salah untuk berasa bersalah. tetapi tidak salah juga untuk merasakan apa yang dirasai.

saya rasa tidak adil.

kerana saya rasa tidak diperlukan.

kerana terdapat sesuatu ketika, saya amat diperlukan, dan sekelip mata, saya tidak diperlukan.

mungkin si dia merasakan tidak mahu membebankan saya.

mungkin.

tetapi, apabila kita sudah jelaskan betapa akurnya kita terhadap cinta yang ditawarkan, terhadap kasih yang akan diberi, terhadap perhatian yang tidak akan berbelah bahagi, apabila disisihkan begitu sahaja, perasaan kecewa melemaskan fikiran.

saya ingin merajuk.

hati ini sudah berkali kali berkecai ke lantai, tetapi saya kutip, cantumkan dan tidak jemu menyayangi.

adakah saya tidak diperlukan lagi?

hanya si dia yang mampu memberi jawapan.

tetapi si dia tidak nampak semua ini. baginya, ini tidak penting.

saya kecil hati.

perlukah saya memaklumkan bahawa saya merajuk, bahawa saya kecil hati?

atau seorang diri, di malam yang sepi, saya biarkan perasaan ini memakan hati.

kemudian. apabila hati kuat kembali. tunduklah tubuh mengutip serpihan hati yang berkecai. dicantumkan. dan kembali menyayangi.

when you love someone, its not fair to be mad at that person for not showing that they care, because falling in love is your own responsibility, something you should know to take account of, nothing you should burden the one you love endlessly.

No comments: